Sekalung Harapan Untuk Mereka Meneruskan Kehidupan Seharian

Bersama Kita Membina Kembali Semangat Mereka.

Anda Pasti Boleh

Sakinah Md Amin sekeluarga merupakan seorang pelajar UIA dalam bidang undang-undang. Pada 31hb Mei 2021, keluarga Sakinah telah ditimpa malapetaka kebakaran di kediaman mereka di mersing, Johor. Mereka 4 beranak terjejas dalam kebakaran tersebut. Kini hilang tempat berteduh. Rumah mereka telah hangus dalam kebakaran tersebut.

Sakinah juga seorang pelajar pintar yang lama aktif dalam bidang sosial melalui persatuan Pemuda ISMA di cawangan Gombak Selangor. Kini beliau sekeluarga mengharap sinar harapan baru untuk bantu mereka membina kembali rumah yang hangus dijilat api, dan membiayai pembelajarannya dalam jurusan undang-undang.

“Tuhan Tidak Membebani seseorang itu melainkan atas kesangupannya”

Sumbangan Ikhlas Anda Amat Kami Hargai. Bantu Mereka Dalam Kesusahan Agar Rezeki Berlimpah Dengan Keberkatan.

 

Sumbangan ikhlas anda boleh di depositkan ke dalam akuan CIMB Pemuda Isma.

Setiap sumbangan ikhlas anda amat berharga untuk kami bantu keluarga Sakinah membina kembali rumah yang terjejas, membiayai yuran pembelajaran dan membeli perkakas asas untuk keluarga mangsa.